Khamis, 22 Disember 2011

cuti sklh yg menyedihkan....

    Assalamualaikum..hai korg..ape kabar..?? sht?? lme dh tk text...berabuk blog nih...urm....aku nk cte..npe aku text tjuk cuti sklh yg menyedihkan...
ni gmbr arwah

Tarikh 5/12/2011 bersamaan 9 muharamm...abah kesygan aku sdh kembali ke rahmatullah...jam 1:40 am...

UiTM Kehilangan Besar Atas Pemergian Ustaz Sulaiman Zahlan PDF Print E-mail
ALOR GAJAH, 5 Dis-Kira-kira 400 Orang Warga Kampus Universiti Teknologi MARA(UiTM) Cawangan Melaka telah hadir dimajlis pengkebumian jenazah Allahyarham Ustaz Mohammad Sulaiman Zahlan.Allahyarham berusia 54 tahun, juga merupakan seorang  pensyarah Center for Islamic Thought And Understanding (CITU), Universiti Teknologi MARA(UiTM) Melaka dan  telah meninggalkan lapan orang anak.Majlis bacaan Yassin dan tahlil telah dihadiri oleh Datuk Prof Madya Dr.Mizan Hitam selaku Rektor UiTM Melaka.Menurut beliau, Allahyarham merupakan seorang pesyarah CITU yang sukar dicari ganti, dan telah menyumbang sepenuh kudrat untuk pembangunan modal insan dari kalangan para penuntut UiTM.”Saya amat sedih diatas pemergian seorang ilmuan yang berdedikasi,rendah diri dan banyak menyumbang untuk kepentingan pelajar dan ummah secara keseluruhannya, kita doakan roh dan jasad beliau akan disemadikan dari kalangan orang-orang yang soleh, katanya”.
Menurut Mizan, Allahyarham juga pernah , beberapa kali memohon menarik diri daripada memegang jawatan sebagai Ketua CITU, namun permohonan berkaitan ditolak atas sebab sumbangan serta khidmat bakti beliau masih diperlukan.”Allahyarham juga telah dipilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 UiTM Melaka, namun Allah SWT lebih sayangkan beliau, sama-sama kita doakan kebahagianya diakhirat,” ujarnya.Mizan juga menyebut, sebelum allahyarham meninggal dunia, beliau sempat  menghantar dua,khidmat pesanan ringkas yang dikirim berbunyi”tahniah atas penganugerah Datuk sebagai  Tokoh Perkhidmatan Awam sempena sambutan Maal Hijrah 1433 dan juga ucapan penghargaan kerana dikurniakan Khidmat Anugerah Cemerlang terhadap dirinya.
Mohd Khairussani Mohammad Sulaiman,23 yang juga merupakan anak kedua menyatakan allahyarham, pada petang Ahad menerima kunjungan sanak saudaranya dengan gembira dan senyum sepanjang hari, namun disebelah petang beliau mengadu kesesakan nafas, pada mulanya enggan ke hospital, namun setelah dipujuk barulah beliau dibawa ke Hospital Alor Gajah.”Ayah daripada Hospital Alor Gajah dipindahkan ke Hospital Besar Melaka, Doktor mengesan ada jangkitan kuman diparu-paru, dalam keadaan tidak sedarkan diri tepat jam 1.40pagi, ayah telah menghembuskan nafas terakhir,ujarnya disini baru-baru ini.Jenazah telah disemadikan di tanah perkuburan Islam Kelemak Dalam,Alor Gajah Melaka.
Menurut Shahril Anuar Abdul Ghalim selaku Ketua Pusat Pengajian Mass Comm UiTM Cawangan Melaka, Allahyarham seorang Ustaz yang sangat dihormati dan disegani dari kalangan Warga Kampus.”Saya rasa UiTM kehilangan seorang tokoh ilmuan dan agama yang kredibel dan berwawasan, semoga segala amalan dan ilmu yang dicurahkan, akan menjadi bekalan untuknya diakhirat kelak,” katanya.